Tinggalkan link anda

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Ini Bukan Petai Biasa

Salam kepada kawan2 ku semua,mesti korang tertanya-tanya dimanakah datangnya petai sebesau ini. Jawapannya adalah ,,,,,,,,,,,, aku sendiri tak tau la .hehehheehe

Ini datangnya dari email wa.sungguh kagum saya melihatnya.kalau macam ini la stok petai satu papan tu belum tentu sebulan leh habis hishhh..

aku dah terbayang2 dah masakan apakah yang boleh dimakan dengan petai. ooooooo ,kepada pengemar petai ini lah peluangnya .tapi kita kene carik lokasi dulu.so mintak tolonggggggg,kepada kawan2 ku sila la beritahu dimana lokasinya supaya kami dapat mengegarnya.....

sila bantu kami.....

Thursday, November 18, 2010

Cerita Gempak

KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.

"Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu (hasrat mengambil Pamela) tetapi ia adalah perancangan utama dR Movie Production dan saya memang bersungguh-sungguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem baru itu nanti.

"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...