Tinggalkan link anda

Saturday, November 5, 2011

Peristiwa yang lucu


SAMSUNG GALAXY S2

Hai geng, gua nak cerita best n kelakar dan ada kene mengena pasal handphone ni.

Satu hari kami berjalan di Digital Mall, saja je nak cuci mata, tengok cd, games dan macam-macam la pasal xsosories computer dan barangan lain-lain. Dari tingkat bawah sampai la atas dan dari atas turun kebawah. bukan nak beli apa-apa pun saja je nak cuci mata.

kejadian terjadi apa bila kami nak keluar dari Digital Mall, dari xcoletor kami lihat ada promosi handphone terbaru iaitu  SAMSUNG GALAXY S2. Setelah kami berempat turun dan apalagi terus ke booth promosi. Kami pun apa lagi belek membelek la telefon yang di gari di situ . hanya guna kan hujung jari je. Memang sempoi. Kene la dengan jiwa tapi tak kene dengan wang simpanan yang ada. Kalau boleh mintak KWSP tak pe la jugak. Senang je cakap.

Aku dan member aku pun bermuncung-mucung mulut "wah,oh,wow" sebab kagum. Dah la nipis canggih lak tu. tengah best layan hand phone tu ,tiba-tiba member aku yang lagi satu pun tanya la apek yang jaga situ.

member aku : " apek yang ni apa best "
member aku tanya dengan gaya poyonya. Kami pun tercengang la dan menunggu jawapan dari apek tu.

apek : "Ini hand phone u beli dulu, u sudah beli nanti u boleh terbang"
apek tu jawap dengan selambanya sambil tersenyum kambing.

member aku ni pun tercengang terpingga-pingga. Dengar je jawapan tu kami pun apa lagi tergelak besau . member aku yang poyo tu apa lagi malu la dia dan kami pun beredar dari situ dengan hati masih mengeletek.


Moral of the story tanya la soalan yang betul kalau tidak kita balik yang kene .hehehehe

tq







Friday, November 4, 2011

My Little One's Wardrobe: T-Shirt Cartoon

My Little One's Wardrobe: T-Shirt Cartoon:

READY STOCK GRAB NOW KOLEKSI T-SHIRT BOY & GIRL RETAIL- RM 25 WHOLESALE- RM19 TSMN01 Size 95, 100, 110, 120, 130, 140 TSMC0...

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya


Saya dan sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga islam di seluruh dunia. Diatas kesempatan ini saya memohon maaf atas segala keterlaluan atau terkasar bahasa. Dulu main meriam buluh sekarang ni main mercun POP je sebab itu je yang selamat untuk anak2 saya hehehehe.

So jaga diri ye,kepada pemandu di jalan raya berhati-hati la dan ingat la pada yang tersayang. Kepada pemain2 meriam dan mercun buatan atau dah buat jada la jari anda ye esok orang elok-elok leh kira sepuluh hang tak cukup lak. hehehehehe

Kes pasal duit raya gua dah susut nilai ni . Hari Raya ni jangan la berbelanja melampau-lampau .Berpada-pada la ye ingat sapa yang makan gaji tu ......... gaji lambat lagi hehehehe.

So Selamat Hari Raya ye Maaf Zahir dan Batin

Bye

Sunday, August 14, 2011

Aku ni bukan hebat

Aku ni bukan la hebat sangat kalau nak di bandingkan dengan blogger yang lain. tapi aku ni ada perasaan jugak . tak payah la sampai macam tu sekali kawan. aku suka baca blog org lain sebab itu aku suke blog ni at least ada satu. tapi saya ni bukan hebat sangat cerita sampai satu kertas kajang dan aku ni bukan hensem macam Aron Aziz yang korang tergila-gilakan tu.

sedih la hati ini bila aku ni di perlakukan seperti ini. rasa macam nak campak je. aku ni bukan blogger propesional. aku hanya la insan biasa. tak pe la aku terima seadanya jika mereka tak suke kepada ku. biar la aku merantau tgk gelagat org .

sedih sediri aku benci.

selamat berpuasa semua

Sunday, August 7, 2011

Kepada Peminat2 Couch


Coach-2333(us)
Size 36x16x25
RM700-(free posting)
50% deposit

Askum,

kepada peminat Coach product,sila singgah ke wanezcolletion (bukan collection ye) di dalam facebook kira murah juga la atau emailkan kepada wanezcolletion@yahoo.com.kalau dapat semabang dengan onwer dia mungkin korang dapat murah lagi kut hehehehehh. mana la tau kan . so singgah2 la ye.just for your infomation je. see u

tq

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa

askum,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh dunia selamat berpuasa di bulan yang penuh keberkatan ini. So jangan poteng sebab ini ada dalam rukun islam kalau tak buat apa maknenye.

so dengan ini saya ingin memohon kemaafan kepada semua yang kenal atau pun tak kenal.selamat berpuasa,berbuka dan beraya.

bye

Friday, July 29, 2011

Itik Naruto

Askum,

Kawan2 ni aku nak kongsi bersama,gambar ini gua dapat dalam email telah di hantar kepada ku oleh kawan2,aku tgk comel gila itik ini kasut dia macam naruto je.....

takut2 dia ni ada kuasa dalaman macam naruto hehehehehe.tapi apa yang penting itik ini tidak ada cacing dalam perut sebab dia pakai sendal,aku pun pakai selipar jepun entah2 org jepun pun dah tak pakai selipar tu. Apa2 pun itik ini memang best kalau di masak .heheheheh

bye n all the best

Thursday, June 16, 2011

Ini Bukan Petai Biasa

Salam kepada kawan2 ku semua,mesti korang tertanya-tanya dimanakah datangnya petai sebesau ini. Jawapannya adalah ,,,,,,,,,,,, aku sendiri tak tau la .hehehheehe

Ini datangnya dari email wa.sungguh kagum saya melihatnya.kalau macam ini la stok petai satu papan tu belum tentu sebulan leh habis hishhh..

aku dah terbayang2 dah masakan apakah yang boleh dimakan dengan petai. ooooooo ,kepada pengemar petai ini lah peluangnya .tapi kita kene carik lokasi dulu.so mintak tolonggggggg,kepada kawan2 ku sila la beritahu dimana lokasinya supaya kami dapat mengegarnya.....

sila bantu kami.....

Thursday, June 2, 2011

Macam ni Susah la kita


Adus macam ni pun ada ke. Bukan sahaja nak pergi tandas kene bayar ini basuh tangan pun kene bayar 20sen . Ini idea bagus tapi perlaksanaan dia kurenggg la . Macam mana ni?? lepas ni makan kene pakai sudu dan garpu la. heheheh

Find The Cat

Kepada Kawan2 semua ini ada satu ujian mata,dimana anda semua tolong carik kucing dimana ia berada.

Sunday, May 29, 2011

Jangan bersedih ye.....


Pagi tadi telah berlansung perlawanan yang di nanti akhirnya MU terpaksa akur dengan kekuatan Bercelona. Score ialah Bercelona 3 MU 1. Sekarang terjawab semua persoalan sapa yang juara tahun ini.

Monday, May 2, 2011

sudah lama den tak update status

askum semua,

ssory la sebab dah lama dah berjalan bersama2 korang semua.sebabnya internet ni asik problem je. kalau nak cite problem keje lagi la tak abis2.

so sekarang ni im back nak berjalan2 ke seluruh pelusuk blog. hehehhehe

Friday, March 18, 2011

My Little One's Wardrobe: GAP PYJAMAS

My Little One's Wardrobe: GAP PYJAMAS: "Ready Stock Only RM 25 GAP PYJAMAS Old Navy Pink GP 01 Size 18-24mth, 2y, 3y, 4y, 5y, 6y Yellow Tractor GP 02 Size 18-24mth,..."

Monday, March 7, 2011

Liverpool kalahkan MU lagi


Malam ni hari paling best sekali sebab Club wa dapat kalahkan the Devil sekali lagi hehehehhe. Kalau kalah satu tak pe ni 3 pastu hatrik lagi, wa punya suka tgk sambil menari2 lagi. tak kesah la MU tu kat atas ke Liver kat bawah ke. Janji MU kalah!!!!!!!!!!!

Ini lah dia gambar pemusnah dan jentera yang telah memberikan hatrik supaya MU simpan.Sebab 1 tu adalah hadiah supaya tak kene kutuk lebih hehehehhehe.Seronok sangat aku ni hehehhe..
Sejak the King ambik alih,nampak sikit perubahan Club Liver. Terima kasih king sebab esok aku dah tak kene bahan lagi. Esok apa lagi leh la bahan org.. YAHOOOOOO!!!!!!!!!!

Tuesday, March 1, 2011

Bowling Tornament CSA

Askum,

Hai kawan2,pada 26/2/2011 hari tu ada di ada kan petandingan bowling di Summit USJ. Jadi kami pun ambik bahagian. Team Lucky Strike beraski kembali. Ada 32 kumpulan satu kumpulan ada 4 org,bayangkan punya la ramai.

Jadi kami dapat lane nom. 6,ada 3 game,tapi hari tu aku main agak teruk score hancur,spare pun asik tak dapat je. Tapi nasib baik team kami tabah juga. Lawan2 punya lawan dan baling punya baling akhirnya kami dapat jugak hadiah,tapi nom 5 hehehehhe. Seronok jugak rasanya.

Inilah dia barisan pemain2 kecuali yang si kecik tu,so dapat la hemper walau tak seberapa tapi dapat juga tempat.

Walau tak dapat julang piala,julang hamper tu pun jadi la .........
lepas ni kalau masuk pertandingan kene la training....because trainining makes perfect...
bye seee uuuu

Monday, February 28, 2011

Isu Hantu Di Malaysia

31:6. Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan - Luqman

Jika kita perasan trend masa kini,,,semakin banyak cerita2 atau filem melayu seram dihidangkan kepada kita...seolah2 lambakan cerita ini seakan2 menyenakkan kepala otak kita...tak kiralah cerita seram serius, lawak dan seram bangang semestinya tak terkecuali.Yang ada kat tv takyah cerita la...tv3 atau rangkaian astro...tunggu rangkaian al hijrah je nak siarkan rancangan seram..

Dan tanpa kita sedari cerita2 camni mesti menggunakan kalimat2 suci dari agama islam....kenapa ek???

Dan bila kita halusi balik, watak2 yang menggunakan kalimat2 ni mesti bomoh2 la takpun ustaz....kiranya orang perseorangan yang mahir la dalam bab2 menangani hantu2 durjana ni..kekadang hantunya takde la seram sangat yang jd ngerinya peranan muzik tu je....(tak caye tgk cita seram sound bg off) ...tu kalo seram la...kalo lawak tu...lawak la sangat kononnya...

Ok....terus terang kalo korang tengok citer hantu..mcm jangan pandang belakang congkak ,ngangkung (sekadar menyebut dua nama)..bab bomoh tu...pasal apa nak guna nama ALLAH (selalunya BISMILLAHHIROHMANIRROHIM) pastu....bomoh tu campur skit ayat2 bahasa melayu..atau mantera ntahapahapantah kiranya nak tangkap hantu atau panggil hantu tu datang....kenapa?

Yang audiens (kita la tu) pastu gelak2 takpun melongo macam benda tu real je....kenapa???

Hakikatnya memangla dlm perubatan Islam meggunakan kalimat suci ni...tu yang kita tahu la kan...tp kalu pengamal perubatan islam ni pakai kalimat suci ni pun takde la plak nak wat muka cam real atau wat klaka...cam dlm filem semasa sekarang ni...

Tapi bila kita tgk cite mamat khalid plak (hantu mak limah balik rumah) takde plak guna kalimat suci ntuk memanggil atau menghalau hantu2 durjana ni....bukan nak ‘up’ mamat khalid..tp korang tengok cite dia camni...nak wat lawak buat la lawak bg orang gelak..

Yang ada kalimat yg tak masuk akal je yg digunakan cam magnesium, kalsium la...confirm korang da tgk kan..kaji la sendiri..

Kenapa kita mesti dihidangkan dengan cerita2 camni pastu digunakan plak Kalimat2 suci dalam Islam dah tu secara main2 plak...

BUKAN ORANG ATAU BANGSA LAIN YANG MENJATUHKAN MARTABAT SESUATU KAUM ITU...TAPI BIASANYA DARI KALANGAN MEREKA JUGA SENDIRI SELALUNYA...

Jd sbg orang islam apa pandangan anda...

Sunday, February 20, 2011

Tak Sangka la....

Askum,

kepada kwan2 ku,macam tak sangka la berblog ni .aku dah macam2 jumpa org best tu. Kadang kala setiap benda tu ada negetif dan ada positifnya. Tapi aku selalu ambik yang Positifnya.

Aku ni suka berkawan,tapi tak berapa suka berjumpa.hehehhehe. So kalau jumpa kat luar tu tegur la ye. So my follower dah 230 org dan yang tinggalkan blognya sudah mencecah 398 blog. Wah sungguh membanggakan tepuk untuk diri sendiri.

Saya nak mungucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengungung blog ini.Terima kasih kepada semua yang menjayakan blog ini. Kepada semua Follower TQ so much, I LOVE U ALL.

Wednesday, February 16, 2011

Takut Pada Allah ke Takut pada Hantu

askum,

kepada kawan2 yang aku sayangi. Mesti korang bosan tgk tv sebab banyak cite hantu yang asik di mainkan dalam tv. Nak tahu kenapa, kadang2 media masa ni memainkan peranan untuk menyesatkan umat Islam.

Mari sama kita kongsi pendapat sama-sama dan ini pendapat saya.

Ingat ye kalau kita takut pada hantu maknenya kita tak takut pada Allah. sebab hati manusia ini mudah dipegaruhi.Di situ saya katakan tadi cerita ini boleh memesongkan akidah. Bila hati sudah di pegaruhi,hati akan sampai ke akal dan akal sampai ke otak.so mana2 kita pergi tempat2 yang konon di katakan automatik kita akan jadi takut.

Ok kita terbalikkan pulak. Di atas tadi kita takut pada hantu. Sekarang kita Takut Pula Pada Allah.

Allah telah menurunkan pesan kepada manusia melalui Nabi Kesayangan kita iaitu Al-quran dan Nabi kesayangan kita pun telah berpesan berpeganglah kamu kepada Al-quran dan Sunnahku.

Jadi jika dalam hati kita takut pada Allah yang maha esa.kita akan meminta pertolongan kepadanya dan hati kita tidak akan menyekutukan Allah.

Jadi takut Pada Allah ke, Pada Hantu.

Sunday, January 30, 2011

Akhirnya dapat jugak Piala

Boling Tornement KSRE 2011

Setelah lama menunggu akhirnya dapat jua daku piala ini walau pun tak seberapa tapi tidak ku sangka dapat Nom 3 daripada 24 team yang hadir. Terima kasih kepada teamku yang gigih. Syabas daku ucapkan.


Inilah dia barisan pemain-pemain yang menjadi kami Nom 3 walaupun tak traning lansung tapi berjaya juga. Macam-macam dugaan ditempuh untuk sampai di Mid Valley. Kami bermain di Cosmic Bowl. Pendaftaran bermula pukul 9.30,aku tak sampai-sampai lagi. Team dah risau asik tipon je. Kereta ku pulak buat hal tak leh nak laju. Tapi akhirnya sampai juga.

Pada Pusingan pertama semua maintain 100 point keatas tapi masuk game ke tiga kepada aku dah pening adus. Mungkin akibat tak sarapan dengan betul. Game ketiga aku dah rasa macam down kan member semua baling spare pun dah tak kene tapi frame ke lapan dapat jugak srtike. tapi point tak sampai seratus. Sebab game kedua kami semua di tempat kedua kalau aku maintain score mungkin kami dapat nombor 2. Bila dah habis rasa macam nak balik terus je,tapi kami lepak dulu la sebab mana lah tahu dapat balingan paling banyak.

Bila dah habis semua berkumpul depan kaunter untuk mengumumkan pemenang, "Diumumkan tempat ketiga jatuh kepada team Lucky Strike". Apalagi melonjak la kami dengan rasa girang.Tidak disangka kami menang.


Kami dapat piala dan wang tunai RM ***.**. Kami selepas di umumkan kami ketawa memang tak diduga. Tapi kami bersyukur kepada Allah kerana berganding dengan Abang Ber,Cik Nizam dan Dayah. Bulan dua ini kami ada lagi tornement boling so doakan kami berjaya ye. Bye

Sunday, January 23, 2011

Jom Blogwalking Cara BETUL



Askum, kawan-kawan saya telah ketemui geng blogger yang memang best,meriah dan macam-macam ragam ada saya join baru beberapa hari tak henti-henti blogger baru sampai. Syok oooooo. mari la apa tunggu lagi heheheh .tak rugi....

Sunday, January 16, 2011

Siapkah Pilinhan anda

Biodata 1

Nama: Din

Umur: 27 Tahun

Posisi: Gol Keeper,Midfield and Center Defender.

Pencaipaian terbaru : Champion futsal KSRE ICIMB 2010

Status: bujang n Single

Biodata 2

Nama : Khairul Fahmi

Umur: 21 tahun

Posisi: Gol Keeper

Pencaipaian terbaru : Champion Piala Suzuki

Status: bujang

Tuesday, January 11, 2011

Fish Spa

RAWATAN YANG MENGUNDANG BENCANA



Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat

Nasib baik aku tak buat benda ni,Ini adalah petikan email yang saya terima dari kawan untuk di kongsikan bersama.

Monday, January 10, 2011

“If I Were the Green Hornet”

Green Hornet

Askum,

Kepada Kawan ini adalah cerita terbaru di panggung wayang ini sebenarnya dia ceritakan balik.
asalnya cerita ini bersiri dan pelakon yang SG kenal ialah Jackie Chan my faverite hehehhe.Dia berlakon sebagai watak pembantu kepada Green Hornet ni ,tapi macam dia je yang power.

So den dah tak sabau nak gee tengok ni. So Nuff ada buat promosi untuk Cerita ini so kalau korang jadi Green Hornet apa yang kamu akan lakukan?

hehehhe

Saturday, January 8, 2011

My Little One's Wardrobe: Beanie Hat For Boy and Girl

Mari la kita singgah ke blog ini ada barangan kid yang comel2. Jom la

My Little One's Wardrobe: Beanie Hat For Boy and Girl: "BaNie Hat BoY & GiRl can start oder the stok arrival on 16 Jan 2011 Grab It Now!!!! Free Size and suit for baby to 3yr (Stretchable)..."

Saturday, January 1, 2011

Apakah azam baru anda??


askum,

SELAMAT TAHUN BARU....

Kepada semua kawan-kawan ku, pejam celik pejam celik dah masuk 2011.Jadi sambut New Year dalam wayang tonton cite hantu kak limah balik rumah.dah 2 kali ku tengok. tapi Macam tak percaya je,sekejap benar rasanya masa berlalau tapi bagi ku tahun ni memang banyak dugaan, lepas satu-satu tetapi syukur kepada Allah atas pertolongannya segala kesempitan dah ok.

Azam Tahun 2011.

  1. Anak yang sulung dah masuk tadika(cepat nya anak ku membesar).jadi pagi2 kene hantar dia.heheheh
  2. kene la carik duit lebih nak support sana sini
  3. nak habiskan hutang tak yang tak sepatutnya hutang seperti Credit Card
Itu saja buat masa ni yang Temanleh pikir.Itu semua yang hard core punya,yang menghantui daku selama ini. So kene la banyak berdoa + usaha,semoga Allah memberkati.

So apa cite azam kawan2 ku semua mari la kita kongsi bersama mana la tahu ada buah fikirin baru yang kita dapat. Sharing is Charing......

TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...