Tinggalkan link anda

Sunday, December 12, 2010

Satu Kejadian

Pada hari Sabtu 11/12/2010 Sempoi Guy n family telah mengambil keputusan untuk ke Alamanda Putrajaya Shopping Center untuk tengok wayang cerita narnia the voyage of the dawn treader.



Fuhhh cite ni memang best mesti tonton punya kalau tak tonton rugi .Jalan cerita memang menarik.Tapi abang dengan kakak dia yang cun tak de sebab kiranya dorang semua dah besau tak leh pergi Narnia lagi cuma adik dorang je,pastu ada tambahan sepupu dia pulak so apa lagi bangun pergi la tgk memang tak rugi punya.

So berbalik pada cerita tadi,jadi sesampai je dalam alamanda terus pergi cucuk duit.Sambil sembang2 dengan isteri tersayang dan gurau dengan anak2 tertoleh la kebelakang,belakang saya ada tangga bergerak,sekali ternampak la something ingatkan sampah sebab ia berwarna hitam.Setelah ditenung dengan lamanya "eh sayang tgk burung la" kata SG kepada isterinya. "be apa lagi tangkap la,kang kaki dia termasuk dalam xcalator tu" kata isterinya kepada SG. Mungkin burung itu dah letih carik jalan keluar kut.

Apalagi dengan pantas la aku menangkap burung itu. Kelajuannya kalah la Gaban nak bertukar hehhehe. Jadi sekarang burung itu dalam gengaman SG,apa lagi berkeliaran la anak SG sebab tak penah pegang burung "nanak nanak nanak" jerit anak SG."Sayang macam mana ni,nak kasi kat sekuriti guard ke" tanya SG pada isterinya. "takyah la pergi lepas kat luar je" jawab si isteri.

Jadi SG pun berjalan la cari pintu keluar bersama dengan anak bungsu,masa berjalan tu bila org perasan je dia mengelak takut SG pegang burung hehehe. Bila turun tangga bergerak burung itu meronta-ronta munkin panas dan SG tak pegang kuat takut nanti patah ke apa-apa. Apa lagi tangkap la lagi sekali sebelum masuk dalam tangga bergerak. Sampai kat taman tu masa hendak di lepaskan. jadi kami lepaskan la letak dia atas takut org atau pemangsa lain makan dia pulak. anak SG pun lambai2 kat burung tu siap flying kiss lagi.semoga dia selamat la hendak nya.


Jadi setelah beli tiket kami pun nak makan dah lapar sangat dapat tiket pukul 7.30 malam.sekarang baru pukul 1.30 ptg.adus lambat lagi.

Tengok betapa laparnya tgk topi pun dah berselera hehehehhe. lepas makan kita orang jalan2 pastu balik nak tunggu kul 7.30

8 comments:

saye kerink said...

Ohoooo! dah tengok Narnia?? so how was it? ahhh jealous nya. nak tengok jugakkk

Sempoi Guy said...

best gila ia memenuhi fantasi dalam kepala saya .....

Revolter AMI said...

maknanya xrugi la kalau tgk crita ni

Sempoi Guy said...

yup memang memuaskan hati,eh kang cite kang tak jadi lak tgk

cikpia said...

macam citer wajib tonton jer.......

fyda razak said...

ni yang jelez ni.

Sempoi Guy said...

cik pia : cite ni baru la pecah pangung namanya.hehehhe

Sempoi Guy said...

fyda : jgn la macam tu ajak la kawan2 gee tgk.hhhmmmm nak kene pujuk ke ....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...